Halaman

Subscribe:

Khamis, 4 Oktober 2012

LAPORAN TAKLIMAT LINUS PENDIDIKAN KHAS DI BTP PENAMPANG. Dikemaskini pada 2.00petang

UCAPAN EN KASSIM HJ BUNTAK

1.       Mengalukan kedatangan hadirin dan berharap dapat manfaatkan perkongsian ilmu

2.       Kecewa dengan kehadiran yang ahli mesyuarat yang tidak mencapai sasaran. (42/60)

3.       Dr Halim Sulong( pengurusan p&P ) dan En Khairi ( taklimat umum ) dari BPKhas

4.       Jadikanlah diri seperti pokok pisang, ‘pantang mati sebelum berbuah’

SLOT PERTAMA : PENGURUSAN LINUS PPKI DAN PELAKSANAAN DISLEKSIA ( En Khairi  Bin Bahari , Penolong Pengarah Unit Disleksia Bahagian Pendidikan Khas)

LINUS

1.       Road show zon borneo ( sabah, Sarawak dan Labuan )

2.       Semangat demi borneo

3.       Perlaksanaan Linus Pendidikan Khas. 4 SUB NKRA PENDIDIKAN ( prasekolah, linus, sekolah berprestasi tinggi dan baiah guru besar )

4.       Linus bermula pada awal 2010

5.       Linus Pendidikan Khas melalui 6 domain perkembangan untuk manfaat murid istemewa dalam arus pendidikan negara

6.       Peruntukan Linus Pendidikan Khas memang ada

7.       Linus Pendidikan Khas diurus oleh Sektor Instruksional BPKhas

8.       Akhir 2011 berjaya siapkan konsep

9.       Melalui rintis, dapatan menunjukkan hasil positif

10.   Bulan September ialah saringan 2 yang perlu dibuat

11.   Saingan kedua jun 2010 aliran perdana dijalankan untuk Linus Pendidikan Khas. Hasilnya ramai yang dapat lulus konstruk 1, 2, 3, 4, 5

12.   Konsep pemulihan khas dan pendidikan khas berbeza melalui domain khas ( kognitif, bahasa komunikasi, sosioemosi, tingkahlaku, motor halus, motor kasar )

13.   Murid pendidikan khas hanya disaring sekali untuk saringan 1. Jika gagal, barulah saringan 2 dilaksanakan

14.   Linus Pendidikan Khas Fokus kepada murid tahun pertama  di kelas PPKI ( walaupun umur berbeza )

15.   Inklusif paling sesuai pada umur tahap 2 ( tahun 4 )

16.   Murid yang lulus saringan 1, murid tersebut belajar seperti biasa dalam kelas pendidikan khas

17.   Murid yang gagal saringan 1, murid ini perlu lalui saringan 2 domain

18.   Kalau tak lulus saringan 2, saringan 2 domain diulang ulang dan ulang

19.   Di sekolah menengah belum ada Linus

20.   Alat yang diguna untuk menyaring murid. Saringan 1 ( guna aliran perdana yang telah diubah suai ). Saringan 2 pula yang ada 6 domain

21.   Pelaksanaan saringan ini ditadbir secara tidak formal ( bukan merupakan peperiksaan )

22.   Instrument ditadbir mengikut tarikh yang telah ditetapkan

23.   Guru MESTI merujuk kepada Manual Instrumen saringan 1 dan saringan domain linus pendidikan khas sebelum melaksanakan saringan

24.   Tempat, masa, alatan perlaksanaan bebas mengikut keselesaan murid. DILARANG BERI JAWAPAN

25.   RUJUK KEPADA EN MADJAIE ( LINUS PENDIDIKAN KHAS SABAH )

26.   BPKhas akan turunkan peruntukan kepada Jabatan Pelajaran Negeri

27.   Cadangan akan laksanakan Kursus Pemantapan Pengajaran LINUS untuk guru pada tahun depan jika dapat peruntukan

28.   Urusetia Linus Pendidikan Khas Negeri ialah di bawah SPSPK dan bukannya Sektor Pengurusan Akademik

29.   Data hantar terus ke Jabatan

30.   PPD akan terima peruntukan dari Jabatan

31.   TAPAK DATA JANGAN DIUBAH

32.   INFO LINUS 2013. NAMA BAHARU Saringan Linus pendidikan khas ( semua murid tahun 1 atau tahun pertama di SKPK, semua murid tahun pertama PPKI. ) Saringan domain pendidikan khas ( Bagi murid yang tidak melepasi saringan 1 )

33.   7000/52000 murid ppki TERLIBAT. Rintis untuk penglibatan semua murid yang terlibat

34.   Untuk saringan 1, murid Mesti lulus Literasi dan numerasi. Kalau gagal salah satu, semua gagal. Semua konstruk wajib lulus

35.   Untuk saringan 2, Murid wajib lulus semua 6 domain. Gagal satu, gagallah semua

36.   Gagal saringan 1, terus buat saringan 2

37.   Intervensi untuk murid selari dengan KSSR. Catat intervensi dalam RPH dan buat RPI berkaitan

38.   Intervensi berkait rapat dengan persekitaran keselesaan penerimaan murid secara individu

 

DISLEKSIA

1.       Semua pihak terbabit

2.       Program disleksia bermula 2003, tahun 2004 program rintis dimula

3.       Keluar surat punca kuasa  pada tahun 2008, sekolah diberi waran buka kelas disleksia diperluas

4.       Perancangan setiap 1daerah 1 kelas disleksia

5.       Nisbah 1.5 guru = 1 kelas = 6.5 murid ( minima 3 murid untuk buka kelas )

6.       Punca kuasa disleksia dalam LD. Contoh kelas 3 ( 2 LD, 1Disleksia )

7.       Murid disleksia belajar ikut kurikulum arus perdana. P&P diubahsuai ikut keperluan murid

8.       Jika doctor sahkan murid bekeperluan khas tetapi ibubapa tak mahu buat kad OKU untuk anak..jangan paksa. Tetapi murid layak mendapat P&P keperluan khas

9.       Kelas disleksia juga dikenali pra inklusif, separuh inklusif dan inklusif penuh

10.   Berhati-hati dengan salah penempatan murid disleksia ke dalam kelas LD

11.   Instrumen Senarai Semak Disleksia ISD ( warna hijau edisi ke 2 )

12.   Manual dan instrument untuk mengenalpasti murid disleksia

13.   Murid disleksia dinilai setelah belajar 6bulan pertama di tahun 1. Guru matapelajaran BM dan Matematik akan buat penilaian melalui ISD

14.   Doktor akan mengesahkan disleksia setelah menerima ISD

15.   ISD. 1. Dinilai guru mata pelajaran. 2. Disokong guru disleksia dalam daerah atau sekolah berdekatan jika sekolah tiada guru disleksia

16.   Kehadiran murid dalam buku kedatangan pendidikan khas

17.   Murid disleksia boleh ditempatkan di kelas LD dengan syarat matapelajaran lain diinklusifkan ke kelas perdana, manakala bm dan matematik diajar oleh guru pendidikan khas yang berupaya memulihkan murid tersebut

18.   Disleksia tulen ( focus dalam kelas disleksia vs Disleksia Mixed LD ( boleh ditumpang ke kelas LD )

19.   Diskalkulia(matematik), Disgrafia(bahasa), Dispraksia (motor)

20.   Contoh disleksia ( albert Einstein, tom cruise,Muhammad ali, Laila Ali, Harry Anderson, Alexander Graham Bell, BillyBlank, Orlando, Richard Branson, Bill Gates, scot Raymond,  Ar Sarly Adre Sarkum Sarly )

 

“BEST PRACTISE” PROGRAM DISLEKSIA

1.       Teknik yang efektif untuk keberhasilan. Setiap 1guru disleksia mesti hasilkan 1teknik strategi metod pengajaran terbaik dan hantar pada November 2012

2.       Dokumentasikan dua muka surat. 16 teknik terbaik akan diumumkan pada 2013

 

SLOT KEDUA : Dr Halim Sulong( pengurusan p&P untuk LINUS dan DISLEKSIA)

1.       Menerangkan format pengisian data LINUS

2.       Berhati-hati dengan data yang betul. ( murid wajib MELEPASI semua domain/konstruk untuk lulus saringan )

3.       Murid yang TIDAK MELEPASI, guru perlu buat RPI untuk intervensi murid

4.       Tiada lagi peruntukan LINUS untuk tahun ini, perbanyakkan cetakan  instrument melalui duit sekolah

5.       Fokus kepada murid tahun pertama 2012.

6.       ISU SLOW LEARNER, DI MANAKAH PENEMPATAN MEREKA?. Penempatan mereka tetap di kelas pendidikan khas walaupun JKM tidak luluskan kad OKU. Guru pendidikan khas sila ambil alternative buat laporan penilaian pembelajaran murid contohnya setiap 3 bulan sekali sebagai sokongan untuk permohonan kad OKU murid untuk pertimbangan JKM.

7.       Akan memanjangkan kepada BPKhas untuk mengadakan perbincangan antara Jabatan ( JKM,KPM,KKM) untuk selesaikan masalah status slow learner.

8.       RPI boleh buat satu mata pelajaran bagi suatu masa untuk 1murid. Tak perlu buat semua 11 RPI sebab BPKhas belum buat lagi mesyuarat untuk memutuskan isu tersebut sebab APRD belum beri laporan rintis RPI TERKINI UNTUK SEMUA MATAPELAJARAN.

9.       Jawatankuasa Inklusif perlu diperhebatkan SELARAS DENGAN AKTA.

10.   Peranan guru pembimbing dalam kelas inklusif ikut kesesuaian dan kerjasama guru perdana

11.   PCG diguna untuk kebajikan murid inklusif

PENGGULUNGAN EN KASSIM HJ BUNTAK

1.       Isu slow learner ( ada dua kategori slow learner iaitu rendah dan teruk..hantar borang ke SPSPK, SPSPK akan keluarkan surat untuk PPKI buat ujian, jika markah 0-9 bermakna ada keperluan khas, 10-29 pemulihan khas, 30 ke atas aliran perdana )

2.       Bagi murid yang mahu batalkan kad oku, sila buat pemeriksaan doctor dan mengisi borang dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

3.       Sebarluaskan input yang diterima

4.       Perubahan sikap perlu seiiring dengan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya

5.       Berusaha memahami konsep dalam pendidikan khas agar tidak salah maklumat untuk disampaikan kepada sasaran

6.       Inklusif hanya dilakukan untuk sekolah yang ada PPKI

7.       Semua daerah buat kursus dalaman atau ikut sekolah. Laporan Dokumentasi wajib hantar

8.       Pegawai PPD wajib keluarkan SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA GURU YANG TIDAK HADIR PADA MESYUARAT HARI INI KENAPA TIDAK DAPAT HADIR.

9.       Penghargan kepada pegawai BPKhas yang sudi berkongsi maklumat

 

Mesyuarat ditamatkan pada jam 1.58petang

0 ulasan:

Catat Ulasan