Halaman

Subscribe:

Isnin, 15 Oktober 2012

HOME VISIT 2.0 (RUMAH HAREXSON KG RADTAK PINAWANTAI)

Gambar rumah mereka pada April 2012

Sudah dirobohkan. Tinggal kenangan

Inilah rumah papan baharu

Bergambar di luar rumah

di ruang tamu. Kelihatan bapa sedang sibuk bekerja di dapur

di depan bilik

Kelambu ajaib. Nyamuk tak boleh masuk

Dapur..sedang masak nasi untuk makan tengahari

Bapa, anak dan Datuk

Yang warna putih di belakang ialah tandas


ni rekod keluar Guru
Saya telah melakukan lawatan ke rumah murid selepas masa mengajar saya tamat jam 10.40 pagi tadi. Rumah murid yang dilawat ialah adik beradik iaitu Harexson Raymond dan Mexlison Raymond. Hari ini mereka tidak hadir ke sekolah lagi kerana masalah pengangkutan. Sudah sebulan lebih murid ini tidak dapat hadir ke sekolah.Menurut keluarga mereka, pemandu lori sewa ( bas sekolah ) telah menamatkan perkhidmatan kerana masalah peribadi pemandu berkenaan.Menurut ibu saudara murid ini, mereka menghadapi kesukaran menghantar sendiri kerana belum mempunyai lesen memandu dan cukai jalan/insuran tamat tempoh disebabkan masalah kewangan. Walaubagaimanapun,' rezeki' sudah datang minggu ini dan dijangka murid ini akan datang ke sekolah secara konsisten bermula Jumaat ini. Saya mengambil maklum juga keluhan keluarga murid ini tentang terabainya kebajikan murid ini dari segi masalah pengangkutan. Hampir kerap murid-murid ini terpaksa menunggu sehingga jam 5 petang untuk diambil lori sewa tadi dan pernah terjadi murid-murid ini berjalan kaki sejauh lebih kurang 8KM untuk pulang ke rumah. Mungkin sudah tiba masanya asrama desa disegerakan ? atau menginovasikan sistem pengangkutan sedia ada supaya lebih efisien  dengan mewujudkan bas percuma khas untuk murid istemewa melalui peranan semua pihak.

PANDANGAN ANDA BAGAIMANA? JIKA ANDA MEMPUNYAI IDEA, SILALAH KONGSI NYA UNTUK MEMBANTU MURID INI DENGAN MENGHANTAR IDEA KE ppkiskmatunggong@gmail.com  atau mesej di ruangan forum interaktif blog ini http://ppkiskmatunggong.blogspot.com/. 'sharing is caring'. terima kasih

Disediakan oleh
MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA

0 ulasan:

Catat Ulasan