Halaman

Subscribe:

Khamis, 21 Februari 2013

Pemilihan Futsal Pendidikan Khas Daerah Kudat

GELANGGANG FUTSAL HOSPITAL KUDAT,21 Feb.-Pemilihan Futsal Pendidikan Khas Daerah kudat telah berlangsung pada Khamis pagi. Pemilihan dikelolakan PPKI SMK Kudat II. Dua kategori dipertandingkan iaitu kategori junior ( 14 tahun ke bawah ) dan senior ( 15-19tahun). PPKI SK Matunggong tersingkir pada pusingan awal apabila tewas 0-3 kepada PPKI SK Pekan Kudat II.

Ahad, 17 Februari 2013

Majlis Pecah Tanah Pembinaan Asrama Desa dan Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Matunggong



Oleh : Mohd Hisyammieddy Bin Esa
SK MATUNGGONG KUDAT 16 Feb.- Anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Asrama Desa dan Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Matunggong pada Sabtu pagi. 
Pembinaan asrama desa ini diharap dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran murid ke sekolah kerana faktor rumah yang jauh dan masalah pengangkutan. Beliau juga berkongsi pengalaman zaman kanak-kanak apabila perlu bangun awal pagi dan berjalan kaki melalui jalan yang teruk dan jauh untuk sampai ke sekolah. " Senjata paling utama untuk berjaya ialah pendidikan, pendidikan dan pendidikan " kata beliau dalam ucapan perasmian. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Yayasan SP Setia yang menyumbangkan RM300 ribu untuk pembinaan asrama desa ini. 
Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Pengarah Bukan Eksekutif SP Setia Tan Sri Lee Lam Thye, beliau berharap asrama desa ini akan dapat disiapkan dalam tempoh 6 hingga 8 bulan. " Sebanyak 60% dana yang disalurkan sebagai tanggungjawab sosial korporat oleh Yayasan SP Setia adalah khusus untuk pembangunan pendidikan di seluruh negara " ujar beliau.
Majlis itu turut dihadiri anggota Dewan Undangan Negeri Matunggong, YB Sarapin Magana, Wakil Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, Wakil Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, pemimpin tempatan dan hampir 500 penduduk sekitar.

Berita Pecah Tanah Versi Akhbar Nasional

http://www.bernama.com/bernama/state_news/bm/news.php?id=928047&cat=sbm


Sekolah Luar Bandar Kota Marudu Dapat Bantuan Sektor Swasta, NGO
KOTA MARUDU, 14 Feb (Bernama) -- Kawasan Parlimen Kota Marudu bertuah mendapat bantuan sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk melengkapkan keperluan sekolah luar bandar.

Asrama desa ketujuh (asrama luar bandar) akan dibina di kawasan itu dibiayai Yayasan SP Setia, yang akan memberi manfaat kepada murid-murid SK Matunggong yang kini berjalan beberapa kilometer ke sekolah setiap hari.

Pada Sabtu, anggota Parlimen Kota Marudu Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi akan merasmikan majlis pecah tanah bagi pembinaan asrama berharga RM300,000 yang boleh memuatkan 100 pelajar.

Majlis itu akan turut dihadiri anggota Dewan Undangan Negeri Matunggong Sarapin Magana dan Pengarah Bukan Eksekutif SP Setia Tan Sri Lee Lam Thye.

"Kita tidak boleh bergantung kepada dana kerajaan semata-mata, kerana keperluan rakyat banyak tetapi kita juga mesti menggunakan rangkaian baik dengan sektor swasta dan NGO untuk membawa kemudahan dan perkhidmatan ke kawasan luar bandar.

-- BERNAMA

Jumaat, 15 Februari 2013

Persiapan terakhir Majlis Pecah Tanah Asrama Desa dan Pelancaran Kelab Rukun Negara SK Matunggong Kudat

ACARA DIJANGKA BERMULA JAM9.00 PAGI 16 FEB 2013. ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR.

Khemah VVIP

Replika bangunan

Raptai penuh pada tengahari 15 Feb 2013


Rabu, 13 Februari 2013

Aktiviti 14 Feb 2013 ( Khamis )

Murid SK Matunggong akan cuti peristiwa, manakala staf akan bertugas di Kompleks Sukan Kudat untuk Kejohanan MSS Zon Matunggong Kudat

Sabtu, 9 Februari 2013

MAJLIS PECAH TANAH ASRAMA DESA DAN PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA SK MATUNGGONG

Sukacita dimaklumkan MAJLIS PECAH TANAH ASRAMA DESA DAN PELANCARAN KELAB RUKUN NEGARA SK MATUNGGONG akan dilangsungkan pada 16 Februari 2013 ( Sabtu ). VVIP dijangka hadir ialah Datuk Dr Maximus Ongkili dan Tan Sri Lee Lam Thye.

Info menarik untuk dikongsikan mengenai asrama desa;
1. Merupakan sumbangan ikhlas NGO Yayasan SP Setia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Lee Lam Thye.
2. Asrama desa yang akan dibina dalam bentuk konkrit ( simen )
3. Anggaran kos yang disumbangan oleh NGO SP Setia ialah RM300ribu.
4. Asrama desa ini mempunyai dua buah bangunan utama iaitu bangunan asrama penginapan dan bangunan dewan makan.
5. Majlis Pecah Tanah ini dijangka akan mendapat liputan RTM, TV3 dan surat khabar.

Visi,Misi dan Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia


Visi :

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Matlamat:

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu.
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia