Atlit Pendidikan Khas SK Matunggong telah menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah ( MSS ) SK Matunggong Kudat pada 4 dan 5 Oktober 2012. Acara balapan, padang dan perbarisan serta hiasan rumah sukan telah disertai dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada pentadbir, guru-guru dan kakitangan bukan mengajar yang telah menyokong penubuhan Rumah Oren sebagai platform untuk murid istemewa ini menunjukkan potensi diri bersaing dengan murid normal dalam semangat kesukanan. Penyertaan julung kali Rumah Oren dalam sukan tahunan sekolah ini telah Berjaya memberikan cabaran sihat kepada Rumah sukan sedia ada seperti Rumah Merah, Hijau, Kuning dan Biru. Mengambil nama dan semangat perjuangan Aki Tomanggong Kurantud yang terkenal sebagai raja terakhir bangsa Rungus yang gagah menentang ancaman asing khususnya lanun dan penjajahan British suatu ketika dahulu, Rumah Oren menetapkan 3 sasaran utama iaitu pertama memberikan pendedahan awal untuk persiapan Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Sabah tahun 2013, kedua memberi peluang semua murid pendidikan khas ( istemewa ) menunjukkan bakat dan memeriahkan Sukan Sekolah dan ketiga mendapat sebutir pingat tanpa mengira warna. Dua sasaran berjaya dicapai dan sasaran mendapat pingat pertama belum berjaya untuk edisi tahun ini. Melihat kepada aksi bertenaga mereka dalam acara 4x100 meter lelaki yang berjaya menduduki tempat ke 4 daripada 5 pesaing memberikan harapan besar untuk lebih menyerlah pada tahun depan. Jika dikaji analisis secara khusus, 11 acara terbuka ini digalas oleh murid muda (pelapis)pendidikan khas di mana 3 acara (tahun 2 ), 4 acara (tahun 3), 4 acara (tahun 4 ) menentang murid normal tahun 5. Secara realistic memang agak sukar untuk mengalahkan murid normal yang secara fizikal lebih besar dan kuat tetapi tidak mustahil dengan latihan intensif, edisi tahun depan memungkinkan akan ada pingat yang mampu disambar khususnya acara lontar peluru dan lari pecut. Mengambil maskot haiwan tempatan yang terkenal iaitu LEBAH, jelas menepati maksud peribahasa ‘kecil-kecil cili padi’ yang bermaksud ada kualiti luar biasa dalam tubuh yang kecil. Maka bertepatan jugalah dengan slogan Rumah Oren ini iaitu “Bersemangat dan Menyengat”. Dengan kekuatan kontijen seramai 22 atlit murid pendidikan khas ini, adalah diharapkan akan ada pertambahan 4 orang guru dan 1 pembantu pengurusan murid(PPM) yang baharu pada tahun 2013 untuk membantu 2 guru dan 1PPM sedia ada dalam usaha melonjakkan kecemerlangan sukan pendidikan khas SK Matunggong Kudat.
Ahad, 7 Oktober 2012
LAPORAN PENYERTAAN ATLIT PENDIDIKAN KHAS DALAM KEJOHANAN MSS SK MATUNGGONG TAHUN 2012
Salam hormat dan Salam Pendidikan Khas Sabah Number One,

Majulah Sukan Untuk Negara
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan