Rabu, 17 Oktober 2012
KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN MURID OKU LUAR BANDAR TERABAI?
Belum pun reda isu masalah pengangkutan murid istemewa yang
jauh dari SK Matunggong Kudat, kini timbul pula isu keselamatan murid dengan
peningkatan kes jenayah pecah rumah sehingga menumpahkan darah !
Pada hari ini, Frederick Maratim dari Kg Rokam Darat Parapat
dapat hadir ke sekolah ditemani ibunya. Murid ini antara yang saya beri
kebenaran khas oleh saya untuk hadir sekali dalam seminggu kerana masalah
kewangan dan pengangkutan. Sebelum ini telah tersiar keperitan Alexion Pinor
murid thalassemia dari Kg Bonduk Parapat dan adik beradik Harexson Raymond dari
Kg Radtak Pinawantai.
Untuk makluman pembaca, adik Frederick ini perlu berjalan
kaki sejauh 2KM dengan melalui dua buah bukit jalan grabel untuk sampai ke
jalan besar di simpang Kg Kandawayon Kudat.. Adik Frederick juga mempunyai
masalah kesihatan yang serius yang mana doctor menjelaskan Frederick tidak
boleh terlalu lama di bawah sinaran terik matahari kerana akan merosakkan
otaknya selain masalah ampus dan kekurangan G6PD.
Ironinya sudah jatuh ditimpa tangga. Minggu lalu pada 11
Oktober 2012, murid ini dan ibunya hadir ke sekolah. Apabila pulang ke rumah,
didapati rumah mereka telah dipecah masuk oleh pihak yang terkutuk. Seluruh
rumah berselerak dan paling mengejutkan tragedy kematian haiwan peliharaan yang
menjaga rumah iaitu anjing. Ibarat pembunuhan kejam, anjing tersebut telah
dipenggal kepala dan ditetak bertubi-tubi menyebabkan keseluruhan ruang tamu
dan bilik rumah berlumuran darah. Barang yang dicuri ialah tabung syiling dan
sebuah kamus Bahasa Inggeris. Ibu murid ini tidak melaporkan kepada polis
kerana menurut ketua kampung, tindakan hanya akan dibuat jika perompak itu
kedapatan.
Mungkinkah sudah tiba masanya, untuk menjamin keselamatan
hendaklah ditempatkan seorang askar atau RELA berkawal di setiap kampung ? Dari
segi masalah pengangkutan, sekali lagi asrama desa mesra OKU mungkin wajar
disegerakan di SK Matunggong atau penyediaan Bas Sekolah Mini Istemewa diwujudkan.
Salam hormat,
MOHD HISYAMMIEDDY
BIN ESA
Pengerusi Majlis
Guru Pendidikan Khas Kudat
Merangkap
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi SK Matunggong Kudat
dan Pengasas Badan
NGO Suara Rakyat Tempatan ( SURAT )
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan