Halaman

Subscribe:

Selasa, 4 September 2012

Terima kasih Kepada Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye

Saya mewakili warga pendidikan khas SK Matunggong Kudat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye kerana bermurah hati menderma sebanyak RM300 ribu melalui NGO ( Yayasan Setia ) yang beliau pimpin untuk pembinaan asrama desa SK Matunggong Kudat.

Sesungguhnya pembinaan asrama ini memberikan banyak manfaat kepada warga sekolah dalam usaha mengatasi masalah kehadiran murid yang mana menghadapi masalah pengangkutan disebabkan rumah yang terlalu jauh dan masalah kewangan.

Sudah tentu, asrama desa ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan murid normal dan OKU sekolah ini.


MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA
Penyelaras
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Matunggong Kudat Sabah

0 ulasan:

Catat Ulasan