Halaman

Subscribe:

Sabtu, 1 September 2012

Pilih satu saja sama ada mahu KWAPM atau EMK.

PEKELILING ELAUN MURID KHAS ( EMK ) 2012

Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti

berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6;

c. Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan;

d. Pelajar di Kolej Matrikulasi;

e. Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan

f. Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan

atau pertubuhan bukan Kerajaan.

PEKELILING KWAPM 2012

7.6 Bagi murid berkeperluan khas (OKU), mereka tidak layak

dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid

Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.

Situasi A
1. Dua orang murid saya yang baharu telah mendaftar di kelas Pendidikan Khas SK Matunggong pada 23 Julai 2012
2. Pada  30 Ogos 2012 ( Khamis), saya mendapat makluman daripada guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bahawa kedua-dua murid ini telah menerima KWAPM sebanyak RM700 pada April 2012.
3. Pada 29 Mei 2012, kedua-dua murid ini memperolehi Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Isu
1. Murid ini untuk tahun 2012 ini sepatutnya mendapat RM900 ( RM150 x 6bulan ) jika memilih Elaun Murid Khas

Penyelesaian
1. Pada 30 Ogos 2012, saya telah menghubungi pegawai Bahagian Pendidikan Khas dan pegawai Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Jawapan yang diberi, murid ini hendaklah mengembalikan semula wang KWAPM setelah menerima EMK pada Oktober/November 2012 ini.

Situasi B
1. Seorang murid saya memiliki kad OKU dan ada masalah kesihatan ( Thalasemia )
2. Ibubapa murid ini memaklumkan kepada saya, anak mereka menerima BANTUAN AM SAKIT daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan )

Isu
1. Menurut pekeliling EMK tentang kelayakan menyatakan Calon penerima EMK HENDAKLAH Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan.
2. Adakah Bantuan AM Sakit kerana thalasemia ini dikategorikan juga sebagai elaun OKU sedangkan konsep SAKIT dan OKU adalah sangat berbeza ( menurut pemahaman saya )

PENYELESAIAN
1. Pada 30 Ogos 2012, saya telah menghubungi pegawai Bahagian Pendidikan Khas dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wisma MUIS Sembulan Kota Kinabalu
2. Jawapan yang diberi ialah murid ini hendaklah memilih salah satu saja sama ada BANTUAN AM SAKIT atau EMK.

0 ulasan:

Catat Ulasan