Halaman

Subscribe:

Jumaat, 28 September 2012

Perkhemahan Pengakap Khas Sabah Kali Pertama

Jonakin (bekas murid SK Matunggong ) juga mengikuti perkhemahan mewakili Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Tuaran (masalah penglihatan ). Semoga beliau mendapat 5A dalam UPSR tahun ini
pasang khemah

khidmat masyarakat.Cuci basikal

dapat kawan baru

duduk dalam kumpulan

membaharui ikrar persetiaan pengakap

sesi fotografi bersama guru - guru pengiring seluruh Sabah

tidur

senamrobik pagi

makan

Mexlison duduk sebelah Jonakin

flying fox

cuci piring sendiri

Mau pulang sudah

makan dulu
Tahniah kepada dua orang murid Pendidikan Khas SK Matunggong iaitu Mexlison dan Harexson yang berjaya melalui semua cabaran perkhemahan pada 24-28 September  di Pusat Ko Kurikulum Kem Malanggang Kiulu,Tuaran.

Sukan Tahunan SK Matunggong pada 3 dan 4 Okt 2012

Nama Rumah : Rumah Oren ( Tomanggong Kurantud )
Maskot : Lebah
Slogan : Bersemangat dan Menyengat

inilah peluang kepada murid istemewa bersaing dengan murid normal untuk mendapat pendedahan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Negeri Sabah pada tahun depan ..


pemilihan lumba lari

latihan lompat jauh

belajar teknik lontar peluru yang betul dan selamat

Mengenali Raja Terakhir Bangsa Rungus

Jumaat, 21 September 2012

Sukan Tahunan Sekolah

Akan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober 2012. Mampukah Rumah Oren ( Aki Tumanggung Kurantud ) mencipta kejutan mendapat pingat pertama? Dengan kekuatan 11 atlet lelaki dan 7 atlet perempuan serta 3 pegawai, pasti meriah. Majulah Sukan untuk negara

3 Murid PPKI SK Matunggong mengikuti pertandingan mewarna di SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat

sijil penghargaan

Azmi dan ikan

teliti dan fokus

Maslini dan ikan juga

Enricque dan ikan lain
 3 Murid PPKI SK Matunggong mengikuti pertandingan mewarna di SK Tun Datu Hj Mustapha Kudat pada 26 September 2012

1Guru dan 2Murid PPKI SK Matunggong akan mengikuti perkhemahan pengakap

1Guru dan 2Murid PPKI SK Matunggong akan mengikuti perkhemahan pengakap Pendidikan Khas Sabah pada 24-28Sept 2012 di Pusat Ko Kiulu, Tuaran

Khamis, 13 September 2012

Sambutan Aidilfitri Pendidikan Khas Sabah di SMK Madai Kunak pada 11 September 2012

Mexlison duduk di belakang

berhenti makan di siring jalan ( Kinabatangan )

mabuk darat ( muntah ) di Paitan

Asrama penginapan

berehat menunggu malam

meriah

Yang Berbahagia Timbalan Pengarah JPN Sabah memberikan duit raya

Menang cabutan bertuah

Jumpa sahabat lama semasa belajar di UPSI

Jom makan nasi himpit

sarapan pagi sebelum bertolak pulang ke kudat ( 9jam perjalanan)

Bertuah dapat bersalam dengan Ketua Sektor Pendidikan Khas Sabah
Mengambil murid di rumahnya seawal jam 5pagi

ruang tamu..

bersiap untuk perjalanan jauh Matunggong-Kunak

Sabtu, 8 September 2012

Bicara Khas Pendidik Demi Negara

Tarikh : 10 Sept 2012
Masa : 1.30 petang
Tempat : Perpustakan Kudat
Panel : Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah dsn Pegawai Unit Khas Polis Diraja Malaysia

Mesyuarat Khas pada 6 September 2012 pembentukan AJK Pelaksana yang dipengerusikan Timbalan Pegawai PPD telah dihadiri Pengerusi Majlis Pengetua Kudat , Pengerusi Majlis Guru Besar Kudat, Pengerusi Majlis Guru Pendidikan Khas Kudat dan wakil setiap sekolah

Jumaat, 7 September 2012

Selamat menjawab dengan cemerlang UPSR 2012

Bersalam memohon restu guru..
Solat hajat dan bacaan yasin

Jamuan doa selamat

makan kek

inilh wajah-wajah calon cemerlang UPSR SK Matunggong 

Dilawat nazir tengahari tadi

perkongsian yang menarik bersama guru dan PPM
 
berbual dengan ibubapa
 

LAGU SEKOLAH SK MATUNGGONG KUDAT

Sekolah kebangsaan Matunggong

Berbilang bangsa dan agama

Bersatu padu menimba ilmu

Belajar usah kenal jemu

Kami pelajar semua

Bertekad jadi insan berguna

Budaya cemerlang diperjuangkan

Falsafah pendidikan jadi pegangan

Jadikan ilmu pelita hidup

Capai cita-cita murni

Tuhan berkati usaha kami
 
Hidup berilmu wawasan diri

 

Selasa, 4 September 2012

Sukan Tahunan Sekolah akan dilangsungkan pada 26 dan 27 September 2012

Murid Pendidikan Khas SK Matunggong julung kalinya akan beraksi memberikan saingan kepada murid normal. Dalam Mesyuarat yang saya hadiri pada tengahari tadi, ahli mesyuarat telah bersetuju dengan cadangan menubuhkan Rumah Sukan Baharu iaitu Rumah Oren untuk memberikan saingan kepada rumah sukan sedia ada iaitu Rumah Biru,Kuning, Merah dan Hijau.

Justifikasi penubuhan rumah sukan baharu ini ialah untuk memberikan ruang dan peluang kepada murid pendidikan khas bersaing di peringkat tertinggi dan pendedahan yang baik bagi menghadapi Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas pada tahun 2013.

Atlet Rumah Oren ini terdiri daripada semua murid pendidikan khas dijangka akan menyertai semua acara balapan ( kecuali lompat pagar ) dan padang ( kecuali lompat tinggi ) yang dipertandingkan bagi kategori murid Tahun 1 hingga Tahun 5 kelas normal.

Mengambil semangat perjuangan Aki Tumanggung Karantud, sasaran Rumah Oren ialah
1. Mendapat sebutir pingat tanpa mengira warna
2. Murid mendapat pendedahan aspek teknikal pertandingan sebenar
3. Memeriahkan acara perbarisan dan hiasan rumah sukan

MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Matunggong Kudat

Terima kasih Kepada Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye

Saya mewakili warga pendidikan khas SK Matunggong Kudat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Lee Lam Thye kerana bermurah hati menderma sebanyak RM300 ribu melalui NGO ( Yayasan Setia ) yang beliau pimpin untuk pembinaan asrama desa SK Matunggong Kudat.

Sesungguhnya pembinaan asrama ini memberikan banyak manfaat kepada warga sekolah dalam usaha mengatasi masalah kehadiran murid yang mana menghadapi masalah pengangkutan disebabkan rumah yang terlalu jauh dan masalah kewangan.

Sudah tentu, asrama desa ini akan menjadi pemangkin kecemerlangan murid normal dan OKU sekolah ini.


MOHD HISYAMMIEDDY BIN ESA
Penyelaras
Program Pendidikan Khas Integrasi
SK Matunggong Kudat Sabah

Pendidikan Khasku Syurgaku

http://ppkiskmatunggong.blogspot.com/2012/08/banjir-kilat-setiap-kali-hujan.html

Isnin, 3 September 2012

Karnival Kebudayaan Pendidikan Khas Sabah..Selamat Bertanding kepada wakil daerah Kudat iaitu SMK Kudat II ( Tarian) dan SMK Abdul Rahim ( Nyanyian )

ATURCARA/TENTATIF:- 

TARIKH           : 04hb September 2012

TEMPAT          : Dewan SMK Inanam Kota Kinabalu

8.00 am                       Pendaftraran peserta

8.30 am                       Taklimat kotinjen

8.45 am                       Raptai/penyesuaian pentas (untuk tarian)

10.30 am                     Minum pagi

11.00 am                     Raptai/penyesuaian pentas & muzik (untuk nyanyian solo)

12.30 am                     Makan tengahari/rehat

A)    PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO

TARIKH                       : 04hb September  2012

TEMPAT                      : Dewan SMK  Inanam KK

 
1.00 pm                      Ketibaan AJK Pengelola

1.15 pm                       Ketibaan para peserta,guru-guru dan  pendaftaran para peserta.

1.30 pm                       Ketibaan Para pengadil pertandingan
 
1.50 pm                       Ucapan alu-aluan juru acara dan pengenalan para pengadil

2.00 pm                       Acara pertandingan nyanyian solo

4.20 pm                       Persembahan Muzik/nyanyian (selingan)
                      
4.30 pm                       Penyampaian cenderahati kpd pengadil        

4.40pm                        Tamat
           

B)PERTANDINGAN TARIAN 1 MALAYSIA

TARIKH                       : 05hb September 2012

TEMPAT                      : Dewan SMK Inanam Kota Kinabalu

7.00 am                      Ketibaan AJK Pengelola

7.30 am                       Ketibaan para peserta,guru-guru dan  pendaftaran para peserta.

8.00 am                       Ketibaan Para pengadil pertandingan

8.10 am                       Ucapan alu-aluan juru acara dan pengenalan para pengadil

8.30 am                       Acara pertandingan tarian                              
                       
11.30 am                     Persembahan Tarian (selingan)-SMK Kolombong Inanam

11.40 am                     Persembahan Nyanyian (selingan)- SK Kolombong Inanam

11.50 am                     Pengumuman & sesi bergambar

12.00 am                     Jamuan makan tengahari

01.30 t/hari                  Tamat & bersurai
 

c) ACARA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN

TARIKH           : 05hb September 2012

MASA              : 7.00 pm- 10.00 pm

TEMPAT          : DEWAN WISMA  BTC KOLOMBONG

 
7.00 mlm         : Ketibaan semua peserta, guru & tetamu jemputan

7.30 mlm         : Ketibaan Tetamu Kehormat(Perasmi)

8.00 mlm         : Bacaan doa

8.15 mlm         : Ucapan alu-aluan Pengarah Pelajaran Sabah.

8.30 mlm         : Ucapan Perasmian Penutupan

8.45 mlm         : Penyampaian cenderahati

9.00 mlm         : Penyampaian Hadiah

9.30 mlm         : Persembahan Tarian (Pemenang Tarian 1 Malaysia)

9.40 mlm         : Persembahan Solo (Johan nyanyian Solo)

9.45 mlm         : Jamuan makan

10.30 mlm       : Tamat & Keberangkatan pulang Tetamu Kehormat.
 .

Majlis Perasmian Penutupan dan Jamuan makan malam serta penyampaian hadiah untuk semua kotinjen.

** Pakaian Semasa Majlis Penutupan Utk Semua TetamuJemputan/Peserta/Guru Pengiring Ialah Baju Melayu/kurung/batik/rasmi.

 
TARIKH           : 06Hb September 2012

Keberangkatan pulang kotinjen ke daerah masing-masing.

Murid slow learner dapatkan kad OKU ? 50-50? ya benar..

SILA KLIK UNTUK GAMBAR YANG BESAR

Inilah proses murid slow learner sama ada ke pemulihan khas atau ke pendidikan khas

Dokumen Standard Prestasi Pengurusan Tingkahlaku sudah ada

http://www.moe.gov.my/lp/index.php?option=com_content&view=article&id=244:dokumen-standard-prestasi-pendidikan-khas-tahun-1&catid=73

Sabtu, 1 September 2012

PERBEZAAN ELAUN MURID KHAS ( EMK ) DAN KUMPULAN WANG AMANAH PELAJAR MISKIN (KWAPM)


EMK
KWAPM
Mesti ada kad OKU
Murid normal yang miskin
RM1800 SETAHUN
RM700 / RM450 / RM200 SETAHUN
Pembayaran melalui bank in ke dalam buku akaun BSN Murid
Pembayaran TUNAI  kepada ibubapa. Sekolah juga boleh menggunakan kaedah lain seperti bank in, cek dan sebagainya
Buku BSN Wajib disimpan di sekolah. Tidak dibenarkan membuat kad ATM
Ada sesetengah sekolah mewajibkan murid menyimpan buku akaun di sekolah untuk tujuan kawalan dan ada sekolah yang tidak mengamalkannya
Had pengeluaran ialah RM150 sebulan
Boleh ambil semua dan boleh ambil sikit-sikit bergantung kepada keputusan mesyuarat sekolah
Tujuan pengeluaran hanya untuk kebajikan murid OKU sahaja. Tidak dibenarkan untuk urusan lain seperti membayar bil telefon/elektrik/air, membayar CCM Kereta/motor dan pinjaman peribadi
Tujuan penggunaan wang ialah untuk Keperluan harian dan peralatan sekolah murid
SEKOLAH BERHAK TIDAK MELULUSKAN PERMOHONAN PENGELUARAN DAN PERMOHONAN ELAUN UNTUK TAHUN BERIKUTNYA JIKA IBUBAPA INGKAR SETIAP SYARAT YANG DITETAPKAN KERAJAAN
Ibubapa hendaklah mempastikan setiap wang yang dibelanjakan untuk kegunaan murid dan mempastikan anak tidak ponteng sekolah

 

Pilih satu saja sama ada mahu KWAPM atau EMK.

PEKELILING ELAUN MURID KHAS ( EMK ) 2012

Kelayakan murid untuk menerima EMK tertakluk kepada syarat-syarat seperti

berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Murid Prasekolah hingga Tingkatan 6;

c. Bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan;

d. Pelajar di Kolej Matrikulasi;

e. Memiliki surat pengesahan OKU/Kad OKU yang dikeluarkan oleh

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM); dan

f. Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan

atau pertubuhan bukan Kerajaan.

PEKELILING KWAPM 2012

7.6 Bagi murid berkeperluan khas (OKU), mereka tidak layak

dipertimbangkan bantuan KWAPM kerana telah dibayar Elaun Murid

Berkeperluan Khas (EMK) oleh KPM sebanyak RM150.00 sebulan.

Situasi A
1. Dua orang murid saya yang baharu telah mendaftar di kelas Pendidikan Khas SK Matunggong pada 23 Julai 2012
2. Pada  30 Ogos 2012 ( Khamis), saya mendapat makluman daripada guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bahawa kedua-dua murid ini telah menerima KWAPM sebanyak RM700 pada April 2012.
3. Pada 29 Mei 2012, kedua-dua murid ini memperolehi Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat

Isu
1. Murid ini untuk tahun 2012 ini sepatutnya mendapat RM900 ( RM150 x 6bulan ) jika memilih Elaun Murid Khas

Penyelesaian
1. Pada 30 Ogos 2012, saya telah menghubungi pegawai Bahagian Pendidikan Khas dan pegawai Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Jawapan yang diberi, murid ini hendaklah mengembalikan semula wang KWAPM setelah menerima EMK pada Oktober/November 2012 ini.

Situasi B
1. Seorang murid saya memiliki kad OKU dan ada masalah kesihatan ( Thalasemia )
2. Ibubapa murid ini memaklumkan kepada saya, anak mereka menerima BANTUAN AM SAKIT daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM150 sebulan )

Isu
1. Menurut pekeliling EMK tentang kelayakan menyatakan Calon penerima EMK HENDAKLAH Tidak menerima elaun OKU daripada mana-mana agensi Kerajaan.
2. Adakah Bantuan AM Sakit kerana thalasemia ini dikategorikan juga sebagai elaun OKU sedangkan konsep SAKIT dan OKU adalah sangat berbeza ( menurut pemahaman saya )

PENYELESAIAN
1. Pada 30 Ogos 2012, saya telah menghubungi pegawai Bahagian Pendidikan Khas dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Wisma MUIS Sembulan Kota Kinabalu
2. Jawapan yang diberi ialah murid ini hendaklah memilih salah satu saja sama ada BANTUAN AM SAKIT atau EMK.

Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran

                                                                           LAMPIRAN A

 

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS

BAGI TAHUN 20___

 

Kod Matrikulasi/Sekolah    : ________  Nama Matrikulasi/Sekolah: ________________

 

BAHAGIAN A : BUTIRAN DIRI (untuk diisi oleh ibu bapa / penjaga / pemohon)
 
i)
Nama Pemohon
 
 
 
ii)
No. Kad Pengenalan /  No Sijil Lahir
 
iii)
Jantina
 
 
iv)
Tarikh Lahir
 
v)
Umur
 
 
vi)
Tahun/Tingkatan
 
vii)
Keturunan
 
 
viii)
Tarikh Daftar Sekolah/Matrikulasi
 
ix)
Tarikh Kad OKU dikeluarkan
 
 
x)
No Pendaftaran OKU
 
 
xi)
Jenis Kecacatan
 
 
xii)
Nama Bank
 
xiii)
No Akaun
 
 
 
 
xiv)
Nama Ibu/Bapa/Penjaga
 
 
xv)
No KP Ibu/Bapa/Penjaga
 
xvi)
Pendapatan (RM)
 
BAHAGIAN B : PENGAKUAN IBU / BAPA / PENJAGA
 

PERAKUAN IBU/BAPA/PENJAGA
Sekiranya anak jagaan saya layak menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) saya bersetuju dengan syarat – syarat di bawah untuk tujuan Kawalan Dalaman.
 
               i.       Membenarkan pihak kolej /sekolah menyimpan Buku Akaun untuk pembayaran EMK anak jagaan saya;
               ii.       Bersetuju dengan had pengeluaran yang ditetapkan iaitu RM300 untuk setiap dua (2) bulan; dan
              iii.      Berjanji akan menggunakan elaun yang diterima dengan sebaiknya untuk kegunaan anak saya.
 
Saya mengaku bahawa semua butiran yang telah diberikan di atas adalah benar dan pihak kolej / sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri berhak membatalkan pemberian elaun kepada anak saya sekiranya butir-butir yang diberikan oleh saya adalah tidak benar. Saya sedar bahawa sebarang pernyataan palsu akan mendedahkan saya kepada pendakwaan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia.
 
Tarikh :                                           
Tandatangan Ibu/ Bapa /Penjaga :
 
Disemak oleh PK Khas/
PKHEM:                          
 
 
 
Disahkan oleh Pengarah Kolej Matrikulasi/
Pengetua/ Guru Besar:
 
 
 
 

Ø  Sila sertakan satu (1) salinan kad pengenalan murid, kad pengenalan ibubapa / penjaga, kad OKU dan buku akaun murid yang disahkan.





LAMPIRAN B
Pengetua/ Guru Besar
.....................................................................................................
......................................................................................................
PERMOHONAN PENGELUARAN WANG ELAUN MURID BERKEPERLUAN KHAS
1. Nama : ................................................................................................................................
2. Tahun/Tingkatan : .............................................................................................................
3. No. Kad Pengenalan/No Sijil Lahir : ..................................................................................
4. No Pendaftaran/Kad OKU : ...............................................................................................
5. Nama Bank : ........................................................................................................................
6. No. Akaun: ...........................................................................................................................
7. Nama Ibu/Bapa/Penjaga : ................................................................................................
8. No Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga : .........................................................................
9. Jumlah yang diperlukan : RM ..............................................................................................
(Ringgit Malaysia : ..............................................................................................................)
10. Tujuan wang dikeluarkan :-
i. ................................................................................................... RM .................
ii. ................................................................................................... RM .................
iii. ................................................................................................... RM .................
JUMLAH RM
.
..................................... .................................................................
Tandatangan Murid Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
Tarikh:
Permohonan diluluskan/tidak diluluskan.
Buku Akaun mesti dikembalikan pada ..........................................
................................. .................................................
Tarikh (Tandatangan Pengarah Kolej/Pengetua/Guru Besar)
* Sila gunakan pen berdakwat biru sahaja