Halaman

Subscribe:

Khamis, 17 Januari 2013

HASIL MESYUARAT KHAS PIBG SK MATUNGGONG

Tempat : kelas Tahun 6
Masa : 2-5petang

Mesyuarat Khas PIBG SK Matunggong telah diadakan bagi membincangkan persediaan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Asrama Desa Konkrit ( Sumbangan NGO Yayasan SP Setia bernilai hampir setengah juta untuk dua pembinaan bangunan iaitu  bangunan asrama & bangunan dewan makan asrama) dan Pelancaran Penubuhan Kelab Rukunegara.

Mesyuarat dihadiri hampir 100 ahli dan dipengerusikan oleh YDP PIBG En Payan Diman. Turut hadir ialah timbalan YDP PIBG, Guru Besar SK Matunggong, JKKK dan ketua-ketua kampung berdekatan.

Anggaran perbelanjaan ialah RM6200. Sumber kewangan ialah daripada YB Maximus, YB Sarapin, pemimpin tempatan dan ahli PIBG.

Diputuskan semua ibubapa dan kakitangan bukan mengajar perlu menyumbang RM20 sebelum hujung bulan Januari 2013 ini. Manakala guru perlu menyumbang RM50.

Majlis pecah tanah dan pelancaran akan dirasmikan pada 16 Feb 2013 oleh YB Maximus dan Tan Sri Lee Lam Tye ( Yayasan SP Setia ). Antara VIP lain yang hadir ialah Pengarah Pelajaran Sabah dan Pengarah Perpaduan Sabah. Dijangka akan mendapat liputan RTM, TV3 dan surat khabar arus perdana serta mendapat kerjasama SESB, JPAM, Jabatan Penerangan, Kesihatan dan Polis.

0 ulasan:

Catat Ulasan