Halaman

Subscribe:

Rabu, 2 Julai 2014

SENARAI KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA DARI: JABATAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA (JPOKU)

A. KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN KEPADA OKU YANG DI SEDIAKAN
OLEH JABATAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA , JKM

1.0 BANTUAN KEWANGAN
1.1 Elaun Pekerja Cacat (EPC)
Tujuan :
 Sebagai penyenggaraan pendapatan (income maintenance)
untuk memenuhi keperluan asas kehidupan Orang Kurang
Upaya (OKU);
 Sebagai insentif untuk menggalakkan OKU bekerja, hidup
berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif; dan
 Untuk meningkatkan taraf hidup OKU di dalam masyarakat.
Kelayakan :
 Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai
orang kurang upaya;
 Bekerja sendiri atau dengan majikan;
 Pendapatan bulanan pemohon di bawah RM1,200 sebulan
tidak termasuk pendapatan keluarga;
 Berumur 16 tahun ke atas; dan
 Tidak tinggal di institusi yang telah disediakan kemudahan
tempat tinggal, makan/minum dan pakaian percuma.
Kadar :
 RM300.00
1.2 Geran Pelancaran (GP)
Tujuan :
 Untuk memberi bantuan kewangan kepada kumpulan sasar
Jabatan yang mempunyai minat dan potensi untuk maju bagi
menceburi bidang perusahaan atau perniagaan kecil.
 Memberi galakan kepada penerima bantuan JKM untuk
berdikari dan meningkatkan taraf hidup mereka.
 Geran ini membolehkan Orang Kurang Upaya melancarkan
rancangan jayadiri mereka agar dapat berdikari dengan
usaha sendiri.
Kelayakan :
 Penerima bantuan bulanan atau ahli keluarga;
 Orang Kurang Upaya (OKU) yang sedang mendapat
perkhidmatan dari Jabatan;
 Bekas pelatih dari Institusi Kebajikan dan kes – kes seliaan
akhlak;
Kadar:
 Had maksimun geran pelancaran ialah RM2,700.00 sekaligus
dengantempoh kaji semula iaitu seliaan dibuat setiap tiga (3)
bulan.
1.3 Bantuan Alat TIruan Dan Alatan Sokongan (BAT/S)
Tujuan :
 Membantu OKU kurang kemampuan untuk membeli alat
tiruan atau alat sokongan seperti kaki palsu, kalipers, tongkat
tangan / ketiak cermin mata ,alat pendengaran dan lain -lain
yang disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar
perubatan.
 Membantu OKU meningkatkan keupayaan dan potensi diri
serta dapat berdikari dalam mengharungi kehidupan.
Kelayakan :
 OKU berdaftar dengan JKM
 Disyorkan oleh pegawai perubatan atau pakar perubatan
 OKU yang tidak mampu untuk membeli alat tiruan / alat
sokongan yang diperlukan.
Kadar :
 Kadar sebenar alat Tiruan/Sokongan
1.4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar
(BPT)
Tujuan :
 Membantu meringankan bebanan perbelanjaan penjagaan
yang dihadapi oleh keluarga penjaga;
 Menggalakkan penjagaan yang lebih sempurna kepada
kumpulan sasar OKU dan pesakit Kronik terlantar;
 Mempertingkatkan kualiti hidup kumpulan sasar yang terlibat;
 Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar
yang berkenaan ke Institusi Kebajikan; dan kesejahteraan
keluarga.
Kelayakan :
 Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
 Pemohon adalah penjaga sepenuh masa yang merupakan
ahli keluarga OKU / pesakit Kronik Terlantar;
 OKU terlantar / pesakit kronik terlantar bergantung
sepenuhnya kepada penjaga untuk kehidupan harian;
 Pendapatan keluarga OKU di bawah RM 3,000 sebulan;
Kadar :
 RM300 sebulan dengan tempoh kaji semula selama 12 bulan.
1.5. Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)
Tujuan :
 Untuk membantu menyara kehidupan golongan OKU yang
tidak berupaya untuk bekerja;
 Untuk mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
golongan OKU; dan
 Mengelak atau mengurangkan kemasukan kumpulan sasar
yang berkenaan ke Institusi Kebajikan;
Kelayakan :
 Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
 Sumber pendapatan individu tidak melebihi PGK
semasa.Sumber pendapatan adalah merujuk kepada semua
pendapatan yang diterima oleh individu termasuk pencen Ilat,
pencen bulanan, PERKESO, bantuan bulanan, insurans dan
lain- lain;
 OKU berdaftar dengan JKM;
 Disahklan oleh pegawai perubatan bagi kes –kes yang
meragukan;
 Berumur antara 18 – 59 tahun;
 Bukan penerima skim bantuan bulanan JKM sedia ada;
 Bukan peserta Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
kelolaan JKM dan program penjagan / pemulihan kelolaan
agensi Kerajaan dan NGO Kebajikan; dan
 Bagi keluarga yang menerima bantuan bulanan termasuk
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) yang
berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan, bantuan ini
boleh dipertimbangkan kepada pemohon.
Kadar :
 RM150 sebulan dan tempoh kaji semula adalah selama 12 bulan
1.6 Bantuan Tongkat Putih “ White Cane” dan Mesin Braille
Kerajaan kini membiayai sepenuhnya pembelian “White Cane” dan
Mesin Braille bagi mereka yang kurang upaya penglihatan.
2.0 PERKHIDMATAN PENDAFTARAN ORANG KURANG UPAYA
Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di
seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan
Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.
2.1 OBJEKTIF
 Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di
negara ini bagi maksud merancang program berkaitan
dengan pencegahan, pendidikan,habilitasi dan rehabilitasi,
latihan serta perkhidmatan.
 Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian
dengan keperluan OKU.
 Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat
perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan
berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.
2.2 PEMOHONAN PENDAFTARAN
(a) Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian;
(b) Menggunakan borang tersebut di atas; dan
(c) Menyertakan 3 keping gambar ukuran kad pengenalan
(Dewasa) 4 keping gambar ukuran kad pengenalan (Kanak -
Kanak) dan dokumen sokongan seperti salinan MyKad,
MyKid atau Sijil Kelahiran.
2.3 SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
 Warganegara yang bermastautin di Malaysia
 Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital
Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.
2.4 BORANG-BORANG PENDAFTARAN
(a) Borang Pendaftaran Kanak-Kanak Kurang Upaya
( 0-18 Tahun )
(b) Borang Pendaftaran Orang Kurang Upaya
(18 Tahun ke atas )
Borang permohonan boleh diperolehi sebagaimana di bawah:
i. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
ii. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian
iii. Hospital dan Klinik Kesihatan Kerajaan
iv. Jabatan Pelajaran Negeri (Bahagian Pendidikan Khas)
v. Jabatan Pelajaran Daerah (Bahagian Pendidikan Khas)
vi. Jabatan Pembangunan Wanita
vii. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
viii.Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
ix. Muat turun di Laman Web Jabatan www.jkm.gov.my
3.0 PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community-Based
Rehabilitation" (CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan
Sedunia (WHO). Jabatan Kebajikan Masyarakat telah terlibat
secara langsung dalam penyedian manual dan seterusnya diberi
peluang menilai dan mengubahsuai pelaksanaan program ini.
Pada tahun 1984, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil
inisiatif dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
menjalankan Projek Perintis PDK di Mukim Batu Rakit, Kuala
Terengganu untuk melibatkan 55 orang kurang upaya (OKU).
Program PDK ini berkembang dengan pesatnya serta mendapat
sambutan yang begitu menggalakkan dari masyarakat dari masa ke
semasa.
Kelayakan:
 Warganegara Malaysia
 Semua Kategori OKU yang berdaftar dengan JKM
 Tiada Had Umur
Elaun diterima pelatih
Pelatih yang mengikuti program di pusat RM 150.00 sebulan
Pelatih yang mengikuti program di rumah RM 50.00 sebulan
4.0 PERKHIDMATAN INSTITUSI
Perkhidmatan institusi menyediakan perkhidmatan jagaan,
pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada orang kurang
upaya. Terdapat 11 buah institusi Orang Kurang Upaya seperti
berikut:
INSTITUSI BILANGAN
Taman Sinar Harapan 7
Bengkel Terlindung 2
Pusat Latihan Perindustrian dan
Pemulihan Bangi
1
Pusat Harian Bukit Tunku 1
Jumlah 11
4.1 TAMAN SINAR HARAPAN (TSH)
Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan kepada
Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran yang merangkumi
kategori Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down, Lembam,
Austisme, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan
Kurang Upaya Intelektual yang memerlukan penjagaan, latihan,
pemulihan dan perlindungan.
4.1.1 Objektif
 Memberi jagaan , perlindungan dan pemulihan kepada Orang
Kurang Upaya bermasalah Pembelajaran yang terbiar, yatim
piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan
pemulihan.
 Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan
seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa
bantuan orang lain.
 Memberi latihan pra – vokasional supaya mereka boleh hidup
berdikari.
 Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau
bergaul dengan kawan –kawan, masyarakat atau orang lain
melalui aktiviti –aktiviti sosial dan sebagainya.
 Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama
dari badan –badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan
masyarakat.
4.1.2 Kriteria Kemasukan TSH
Di Malaysia terdapat tujuh (7) buah Taman Sinar Harapan yang
beroperasi dan diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kriteria kemasukan kesemua TSH adalah mengambil kira
klasifikasi mengikut umur, jantina, kategori ketidakupayaan,
kebolehan dilatih, serta kesesuaian dan kemudahan yang terdapat
di TSH.
Kriteria -kriteria kemasukan setiap TSH adalah seperti berikut:
BIL INSTITUSI PENEMPATAN
1 TSH Tuanku Ampuan
Najihah, Seremban,
·  Umur 0- 14 tahun
· OKU boleh dilatih
· Lelaki dan Perempuan
2 TSH Bukit Besar,
Kuala Terengganu,
·  Umur 0- 14 tahun
· OKU boleh dilatih
· Lelaki dan Perempuan
3 TSH Cheras, Selangor · Umur 14- 25 tahun
· OKU boleh dilatih
· Lelaki dan Perempuan
4 TSH Tampoi, Johor Bharu · Umur 15- 35 tahun
· OKU boleh dilatih
· Lelaki
· Tiada penyakit berjangkit
5 TSH Jubli, Johor Bharu · Umur 15- 35 tahun
· OKU boleh dilatih
· Lelaki
· Tiada penyakit berjangkit
6 TSH Jitra, Kedah · Umur 0- 14 tahun
· OKU Terlantar
· Tidak boleh dilatih
7 TSH Kuala Kubu Bharu,
Selangor
· Umur 15 tahun ke atas
· OKU Terlantar
· Tidak boleh dilatih
Laman Web: http://www.jkm.gov.my
No.Telefon: 03 – 26165660
5.0 Pusat Latihan Perindustrian & Pemulihan Bangi, Selangor
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah
institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan
perkhidmatan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal melalui latihan
vokasional serta pemulihan perubatan.
Objektif
 Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU
Fizikal untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan
perubatan.
 Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat
kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja
dan berdikari.
 Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan
ketidakupayaan menjadi lebih teruk.
 Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan
sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik
prostetik dan ortotik serta lain – lain kakitangan yang
memerlukan.
 Menjadikan tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan
OKU.
5.1 Kriteria Kemasukan
Kriteria adalah seperti berikut:
(a) Kursus Vokasional
 OKU Fizikal berdaftar dengan JKM
 Umur 18 - 40 tahun
 Mampu mengurus diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari
latihan
 Kelayakan akademik PMR/ SPM
(b) Kursus Pra Vokasional
 OKU Fizikal berdaftar dengan JKM
 Umur antara 14 – 25 tahun
 Mampu mengurus diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari
latihan
 Boleh membaca menulis dan mengira
(c) Pemulihan Perubatan
 OKU Fizikal berdaftar dengan JKM
 Mampu mengurus diri sendiri dan boleh mendapat manfaat dari
latihan.
5.2 Latihan dan Program serta Perkhidmatan yang ditawarkan:
(a) Pemulihan Perubatan
· Wad Perubatan
· Fisioterapi
· Pemulihan Carakerja
(b) Kursus Vokasional
· Pembantu Tadbir Sistem Maklumat (MLVK)
· Rekaan Fesyen & Jahitan (MLVK)
· Elektrikal (MLVK)
· Elektronik
· Elektrikal
· Prostetik dan Ortotik
· Pembuatan Kerusi roda
(c) Kursus Pra Vokasional
· Elektronik
· Komputer
· Lukisan
· Jahitan
· Membatik
(d) Perkhidmatan yang disediakan
· Kaunseling
· Sekolah Latihan Memandu OKU
· Aktiviti Keagamaan & Kebudayaan
· Elaun Galakan Belajar
Laman Web: http://www.jkm.gov.my
No.Telefon: 03 - 26165660
6.0 BENGKEL DAYA / TERLINDUNG
Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah –kaedah
Workshop Terlindung 1979. Bengkel ini dikhaskan untuk Orang
Kurang Upaya yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan
di pasaran terbuka. Terdapat dua (2) buah bengkel terlindung iaitu
seperti berikut:
a) Bengkel Daya Klang
b) Bengkel Daya Sungai Petani
6.1 Objektif
 Mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya
 Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan,
pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya
 Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.
6.2 Projek /Pekerjaan yang ditawarkan:
(a) Bengkel Daya Sungai Petani
Bengkel Daya Sungai Petani menjalankan projek dan pekerjaan
seperti berikut:
 Bengkel Bakeri
 Dobi
 Jahitan
 Nurseri / Semaian
(b) Bengkel Daya Klang
Bengkel Daya Klang menawarkan perkhidmatan seperti berikut:
(i) Jahitan
Menerima kontrak jahitan beg, pakaian seragam, kasual fesyen
lelaki dan perempuan serta hiasan rumah, pejabat (langsir, cadar
dan sarung bantal)
(ii) Perkhidmatan Am
Menerima kontrak kerja -kerja yang bersesuaian dengan keupayaan
pekerja seperti kerja -kerja berkaitan plastik dan pembungkusan
serta kerja sampingan dari kilang.
(iii) Bakeri
Membuat dan menjual roti dan kek kepada pelanggan di sekitar
Lembah Klang. Roti yang mendapat sambutan dari pelanggan
adalah seperti berikut:
 Bun Sardin, kentang, hotdog, kelapa, kaya, manis dan Bun
kacang
 Mini Pizza, Muffin, Kek Pisang, Pandan,Coklat dan lain –lain.
6.3 Kriteria Kemasukan
 Berdaftar dengan JKM
 OKU yang terlatih berumur 18 hingga 45 tahun
 OKU Fizikal dan Masalah Pembelajaran
 Bebas daripada penyakit berjangkit
 Boleh mengurus diri sendiri
 Percubaan selama 3 bulan bagi pekerja OKU yang baru
diterima masuk
7.0 Pusat Harian Bukit Tunku
Pusat Harian ini telah dibuka secara rasminya pada 6 Jun 1989 oleh
Y.B. Datuk Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat
Malaysia. Menerima kemasukan kes –kes pesakit jiwa yang telah
menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai Johor Bahru,
Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar Kuala
Lumpur bagi menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat
Harian Tunku supaya pesakit –pesakit ini dapat diserapkan lebih
awal ke dalam masyarakat.
7.1 Objektif
 Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan
yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam
masyarakat.
 Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit
jiwa dan memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.
 Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap
dirinya dan juga orang lain.
 Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam
kehidupan harian mereka.
7.2 Matlamat
(a) Pemulihan
Membantu pesakit –pesakit jiwa kembali ke pangkuan masyarakat
selepas mereka pulih dari penyakit tersebut dengan membina
kembali keyakinan diri dan kemahiran mereka dan menggalakkan
setiap individu untuk mencapai potensi mereka dengan
sepenuhnya.
(b) Therapeutic
Membantu pesakit –pesakit jiwa memahami kesan penyakit kepada
mereka dan orang lain dan membezakan kesedaran diri dan
mengenali diri mereka sebagai manusia bukannya pesakit jiwa.
(c) Pencegahan
Mengurangkan tekanan jiwa dalam suasana di rumah sebelum,
semasa dan selepas mengalami penyakit itu bagi mengelakkan kes
kemasukan ke hospital berulang.
7.3 Kemasukan
 Dirujuk oleh Pegawai Perubatan Bahagian Psikiatri Hospital
setelah menjalani pemeriksaan perubatan (Laporan
Perubatan) bagi menentukan sama ada kes ini sesuai
mengikuti program di Pusat Harian Bukit Tunku.
 Laporan perubatan dihantar kepada Pengarah Kebajikan
Masyarakat Wilayah Persekutuan untuk kelulusan.
8.0 PERKHIDMATAN KAUNSELING OKU
Perkhidmatan Kaunseling merupakan salah satu pendekatan atau
strategi yang digunakan untuk memperkasakan OKU dalam
masyarakat. Perkhidmatan ini berlandaskan pada bentuk
Kaunseling Pemulihan yang khusus untuk OKU.
Perkhidmatan Kaunseling ini memberi tumpuan kepada dua aspek
iaitu kerjaya dan ke arah kehidupan berdikari. Perkhidmatan yang
diberikan adalah bersifat menyeluruh yang mana tidak tertumpu
kepada OKU sahaja sebagai klien, tetapi melibatkan keluarga,
komuniti setempat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak
kerajaan sebagai pemangkin dalam membangunkan komuniti OKU.
B. KEMUDAHAN DAN KEISTIMEWAAN LAIN KEPADA OKU YANG
DISEDIAKAN OLEH AGENSI KERAJAAN

1.0 KEMENTERIAN PELAJARAN
1.1. KEMUDAHAN PENDIDIKAN
Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Bahagian Pendidikan
Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak OKU
penglihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program
pendidikan dilaksanakan melalui :
1.1.1 Program Pendidikan Khas
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah
pendengaran dan pembelajaran (menengah).
Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan
khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian
biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran
pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
1.1.2. Elaun RM 150.00 sebulan pelajar sekolah rendah dan
menengah
Bagi pelajar kurang upaya di sekolah rendah dan menengah mereka
diberi elaun sebanyak RM 150.00 sebulan. Seterusnya Bajet 2005
memperluaskan lagi pemberian elaun ini kepada setiap kanakkanak
kurang upaya yang di Sekolah Khas kelolaan Pertubuhan
Sukarela Kebajikan.
Laman Web : www.moe.gov.my
No. Telefon: 03 – 88846000
1.2 KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
1.2.1. Pembiayaan Bantuan Kewangan
Untuk menggalakan Orang Kurang Upaya (OKU) melanjutkan
pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi, Kerajaan telah
menyediakan bantuan kewangan kepada semua pelajar OKU yang
melanjutkan pengajian di IPTA, IPTS (yang diluluskan oleh KPT),
Politeknik dan Kolej Komuniti yang berada di bawah kawal selia
Kementerian Pengajian Tinggi.
(a) Tempoh Pembiayaan:
 Sijil – 2 tahun (dikolej Komuniti dan Politeknik sahaja)
 Diploma – 3 tahun
 Sarjana Muda – 4 tahun
 Diploma Lepasan Ijazah – 2 tahun
 Sarjana – 2 tahun
 Ph.D – 4 tahun
(b) Syarat-syarat Bantuan Kewangan Pelajar OKU
 Warganegara Malaysia
 Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
 Pelajar OKU yang menerima biasiswa atas dasar kurang
upayanya tidak layak menerima bantuan kewangan ini.
Walau bagaimanapun, pelajar OKU yang menerima pinjaman
pelajaran atau biasiswa atas merit akademik layak menerima
elemen wang saku sahaja;
 Pelajar OKU hendaklah bukan dalam tempoh cuti belajar
bergaji (penuh/sebahagian); dan
 Kursus yang diikuti hendaklah diiktiraf oleh Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
(c) Kadar bayaran mengikut kategori pelajar iaitu:
(i) Pelajar Sepenuh Masa
(ii) Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh
(i) Pelajar Sepenuh Masa
 Bantuan meliputi wang saku dan yuran pengajian yang
tidak melebihi RM5,000/ setahun atau RM 20,000 sepanjang
tempoh pengajian pada satu peringkat pengajian( sekiranya
menerima pinjaman pelajaran atau pembiayaan sendiri
sahaja). Penerima biasiswa hanya layak menerima wang
saku sahaja.
 Kadar bantuan adalah wang saku RM300/ bulan dan bakinya
adalah bantuan yuran tertakluk kepada RM5000 setahun bagi
kedua – dua bantuan tersebut. Sekiranya jumlah wang saku
dan yuran pengajian tidak mencapai RM5000 setahun,
lebihan tersebut tidak akan dibayar dan tidak akan dibawa ke
hadapan.
 Penetapan kadar bayaran adalah berdasarkan pada tahun
kalendar. Ini bermakna tempoh yang layak adalah bermula
dari tuntutan pertama dibuat dalam tahun semasa.
 Walau bagaimanapun, pelajar boleh memilih sama ada
memohon kedua – dua bantuan atau memilih yuran
pengajian sahaja. Sekiranya memilih yuran pengajian sahaja
dan masih terdapat lebihan dalam tahun tersebut, lebihan
akan dimasukkan ke dalam akaun pelajar pada akhir tahun.
(ii) Pelajar Separuh Masa/Jarak Jauh
 Bantuan meliputi yuran pengajian sahaja dan tidak
melebihi RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang
tempoh pengajian, pada satu peringkat pengajian tertakluk
kepada RM5,000 setahun. (sekiranya menerima pinjaman
pelajaran atau pembiayaan sendiri sahaja). Penerima
biasiswa termasuk yuran pengajian tidak layak menerima
bantuan ini.
 Bayaran yuran pengajian akan dibuat terus kepada IPT
berkenaan pada setiap semester tertakluk kepada invois
lengkap yang diterima; dan
 Bayaran akan dibuat berdasarkan tarikh tuntutan semasa.
Tuntutan untuk semester yang telah berlalu tidak dibenarkan.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi;
Setiausaha Bahagian
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
Aras 4, Blok 1, Menara PJH, Presint 2,
62100, PUTRAJAYA
(u:p: Unit Pinjaman Dan Bantuan Kewangan)
Laman Web : http://www.portal.mohe.gov.my
No . Telefon : 03 – 88844606/88844697
1.2.2 Skim Pengecualian Yuran Pengajian Universiti Terbuka
Malaysia.
Universiti Terbuka Malaysia telah melancarkan Skim Pengecualian
75% Yuran Pengajian bagi Golongan Kurang Upaya dan Warga
Emas yang berusia 55 tahun ke atas pada 9 Ogos 2005 yang
memberi peluang kepada golongan OKU dan warga emas untuk
mengikuti pengajian sesuai dengan moto universiti “Universiti Untuk
Semua” dan “Merintis Pembelajaran Sepanjang Hayat.
Laman Web: http//www.oum.edu.my
No. Telefon: 03 – 27732251

2.0 KEMENTERIAN KEWANGAN/ LEMBAGA HASIL DALAM
NEGERI
2.1. PELEPASAN CUKAI
2.1.1. Pelepasan Cukai Pendapatan bagi Anak Kurang Upaya yang
Belajar di IPT.
Pelepasan cukai pendapatan diperluaskan kepada anak kurang
upaya yang belajar di institusi pengajian tinggi yang diktiraf
mengikut peringkat pendidikan seperti berikut:
 peringkat diploma dan ke atas di Malaysia, atau
 di peringkat ijazah pertama dan ke atas di luar Malaysia
Dengan mengambil kira pelepasan sedia ada sebanyak 5 ribu
ringgit untuk anak kurang upaya, ibu bapa akan layak mendapat
pelepasan cukai berjumlah 9 ribu ringgit. Berkuatkuasa mulai tahun
taksiran 2006.
2.1.2 Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Pendapatan
Kerajaan telah memberi pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi
membeli alat alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibubapa
OKU.
 Mulai tahun 2005 pelepasan cukai tambahan sebanyak
RM6000 kepada OKU.
 Pasangan OKU sebanyak RM3500.
Laman Web: http://e.hasil.org.my
No. Telefon: 03 – 62091000
2.1.3. Pengecualian Duti Eksais Ke atas Kenderaan OKU
Kementerian kewangan telah memberikan pengecualian 100% Duti
Eksais ke atas kenderaan cacat fizikal yang berkeupayaan
memandu dengan syarat - syarat seperti berikut :
 Pemohon Berdaftar dengan JKM
 Pemohon memiliki lesen memandu yang sah
 Kenderaan tidak boleh dijual atau ditukar milik
sehingga tamat tempoh 5 tahun
 Kecuali dengan kebenaran Perbendaharaan; dan
 Pengecualian hanya dibenarkan untuk sebuah
kenderaan bagi setiap 5 tahun.
2.1.4 Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya
Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas
semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
Laman Web: http://www.treasury.gov.my
No. Telefon: 03 88823000

3.0 KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
3.1 Pengecualian Cukai Jalan
Jabatan Pengangkutan telah menyediakan kemudahan
pengecualian cukai jalan (road tax) orang kurang upaya fizikal
yang menggunakan kenderaan kereta, van dan motosikal buatan
tempatan.
(a) Bayaran yang dikenakan:
 Kereta dikenakan bayaran RM 2.00
 motosikal RM 1.00
(b)Syarat-Syarat Pengecualian Cukai Jalan
 Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
 Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya
Fizikal sahaja
 Berdaftar dengan JKM sebagai orang kurang upaya
Fizikal sahaja
 Pengecualian diberikan kepada pemohon sahaja
 Pengecualian diberikan kepada sebuah kenderaan dalam satu
masa
 Memiliki lesen memandu yang sah
3.2 KEMUDAHAN PENGANGKUTAN AWAM:
3.2.1 Perkhidmatan Bas
Terdapat dua jenis pekhidmatan bas (berdaftar dengan Lembaga
Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) )yang disediakan iaitu
seperti berikut :
 Bas Ekpress
 Bas Henti – henti
Kadar Diskaun Tambang :
 Diskaun tambang sebanyak 25 peratus (%) bagi
perkhidmatan bas ekspres.
 Diskaun tambang sebanyak 50 peratus (%) bagi
perkhidmatan bas henti – henti
 Pemberian diskaun boleh dilaksanakan dengan menunjukkan
Kad OKU yang dikeluarkan oleh JKM semasa pembelian
tiket.
Laman Web: http://www.lpkp.gov..my/home
No. Telefon: 03 - 88055000
3.2.2 Sistem Transit Aliran Ringan
Menawarkan kemudahan perkhidmatan bagi:
- Laluan Ampang dan Sri Petaling ( Sebelum ini laluan STAR)
- Laluan Kelana Jaya (Sebelum ini laluan PUTRA)
Menawarkan diskaun sebanyak 50 % dengan menunjukkan Kad
OKU semasa pembelian tiket di kaunter.
Laman Web:http://rapidkl.com.my
No. Telefon: 03 – 203788528/85
3.2.3 Perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTMB) Antarabandar
Menikmati diskaun harga sebanyak 50% ke atas tambang
perjalanan bagi semua kelas (tambang perjalanan = tambang asas
mengikut jarak km) di setiap destinasi dengan menunjukkan kad
OKU semasa pembelian tiket di kaunter tiket.
Jumlah tambang penuh bermaksud:-
(Tambang penuh= tambang perjalanan + harga tempat duduk/katil)
3.2.4 Perkhidmatan KTM Komuter
Menikmati diskaun harga sebanyak 50% ke semua destinasi dengan
menunjukkan kad OKU semasa pembelian tiket di kaunter tiket.
Laman Web: http://www.ktmb.com.my
No. Telefon: 03 – 22781222
3.2.5 Perkhidmatan Penerbangan Malaysia (MAS)
Memberi diskaun istimewa sehingga 50 peratus (%) bagi
penerbangan dalam negeri.
Diskaun hanya dapat diperoleh melalui pembelian tiket di kaunter
sahaja dan bukannya melalui mesin jualan tiket, Syarikat Prasarana
Negara akan memberikan diskaun 50% ke atas tambang
perjalanan. Syarikat pengangkutan swasta digalakkan untuk
memberi kemudahan yang sama.
Laman Web: www.malaysiaairline.com
No. Telefon: 03 – 22461200

4.0 KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
4.1 KEMUDAHAN PERUMAHAN
4.1.1 DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga menyediakan kemudahankemudahan
kepada orang kurang upaya bagi menyewa rumahrumah
kos rendah atau rumah pangsa DBKL dengan memberi
pengurangan kadar sewa kepada orang kurang upaya.
Laman Web:http://dbkl.co.my
No. Telefon : 03 - 40234452
4.1.2 SYARIKAT PERUMAHAN NASIONAL BERHAD (SPNB)
Syarikat Perumahan Nasional Berhad memberi keutamaan kepada
OKU yang berpendapatan rendah dalam memperolehi rumah kos
rendah dan sederhana rendah iaitu sebanyak 20 peratus (%)
diskaun harga telah ditawarkan.
Laman Web: http://www.spnb.com.my
No. Telefon: 1 – 300 – 80 – 3838

5.0 KEMENTERIAN KESIHATAN
5.1 PENGECUALIAN BAYARAN RAWATAN PERUBATAN
Kerajaan telah bersetuju supaya semua golongan orang kurang
upaya berdaftar dengan JKM dikecualikan daripada bayaran
rawatan perubatan di hospital kerajaan.
5.2 Garis panduan pelaksanaan adalah seperti berikut:-
 Golongan kurang upaya terhad kepada mereka yang
berdaftar dengan JKM;
 Kelas wad yang layak diduduki ialah wad kelas tiga; dan
 Kemudahan ini adalah terhad kepada warganegara Malaysia
sahaja.
Laman Web: http://www.moh.gov.my
No. Telefon: 03 – 88853000

6.0 DASAR SATU PERATUS PEKERJAAN DAN PELUANG
PEKERJAAN
6.1 Sektor Kerajaan
Kerajaan telah membuka peluang pekerjaan kepada OKU dalam
sektor awam melalui Dasar Satu Peratus Peluang Pekerjaan
berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.10/1988 dan
dipertingkatkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 / 2008 iaitu
yang mula dikuatkuasakan pada 1 April 2008
6.2 Sektor Swasta :
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang
Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di
bawah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah
mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di
Sektor Swasta.

7.0 JABATAN TENAGA KERJA
7.1 SISTEM PENEMPATAN ORANG KURANG UPAYA (SPOKU)
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (Kementerian
Sumber Manusia) menyediakan perkhidmatan pendaftaran secara
online kepada majikan dan pencari kerja menerusi paparan di
bawah. Pendaftaran boleh dilakukan dimana-mana tanpa perlu
hadir di Jabatan Tenaga Kerja.
7.2 SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG
UPAYA (SBGP- OKU)
Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU)
adalah satu strategi kerajaan untuk ”bantu OKU mambantu
OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan
mereka. (SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak.
7.2.1 Syarat-syarat permohonan :
 OKU hendaklah berdaftar dengan JKM
 Warganegara Malaysia
 Berumur 18 tahun dan ke atas.
 Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk
mengembangkan perniagaan.
 Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan.
 Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk
membuka peluang pekerjaan kepada OKU.
 Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layak
memohon.
7.2.3 Syarat-syarat untuk permohonan geran:
 Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU
yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan Tenaga
Kerja (JTK) yang berdekatan.
 Mengemukakan kertas kerja yang jelas menerangkan tujuan
permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumendokumen
tambahan.
 Sokongan daripada Persatuan/Pertubuhan badan Bukan
Kerajaan (NGOs) adalah diberi keutamaan.
 Mana-mana OKU atau Kumpulan OKU yang telah menerima
bantuan atau pinjaman daripada agensi-agensi lain juga
layak untuk memohon
 Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan
dokumen-dokumen yang perlu hendaklah diserahkan kepada
JTK yang terdekat
Laman Web: http://www.jktksm.gov.my
No. Telefon: 03 – 88865062

8.0 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)
8.1 KEMUDAHAN PENCEN DAN WAKTU KERJA
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak
OKU penjawat awam yang telah meninggal dunia. Pencen ini
diberikan sepanjang hayat kanak-kanak berkenaan.
Bagi semua anggota perkhidmatan awam yang mempunyai anakanak
kurang upaya, kerajaan akan membenarkan mereka bekerja
mengikut ‘flexi-hours’ supaya dapat memudahkan urusan kebajikan
anak mereka.
Laman Web:http//wwwjpa.gov.my
No. Telefon: 038853000
9.0 KEMUDAHAN PERLINDUNGAN INSURAN
Pelan Takaful Berkelompok OKU menyediakan perlindungan dan
manfaat takaful khusus untuk OKU yang berdaftar dengan JKM
yang belajar di kelas-kelas PDK secara berkelompok di bawah satu
perjanjian Pelan Takaful Keluarga Berkelompok. Ianya bertujuan
untuk membantu keluarga atau OKU sendiri sekiranya berlaku
sebarang malapetaka kepada dirinya dan juga sebagai persediaan
diri.

10.0 KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
10.1 TELEKOM MALAYSIA
 Telekom Malaysia (TM) sediakan kemudahan kepada Orang
Kurang Upaya di bawah Pakej Penyayang seperti berikut :
 Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon
Kediaman sahaja.
 Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan
Direktori Telefon (103)
 Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan
 Sama ada ”Panggilan Menunggu” atau ”Pemindahan
Panggilan”
 Perkhidmatan Pakej Internet – RM 45.00 hingga RM 148.00
bergantung kepada kelajuannya.
10.1.1 Syarat – Syarat kelayakan :
 Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
 Warga negara yang berumur 18 tahun ke atas.
 Sekiranya kurang dari 18 tahun boleh memohon atas nama
ibu bapa atau penjaga yang sah yang berumur 18 tahun dan
ke atas serta mendapat surat pengesahan daripada JKM,
Jabatan Kerajaan atau Ketua Kampung.
 Hanya ditawarkan di premis kediaman OKU tinggal
 Tempoh perjanjian perkhidmatan telefon bagi pendaftaran
pakej adalah selama 1 tahun.
 Kelayakan pakej akan terbatal sekiranya pelanggan
melanggar syarat – syarat dan peraturan –peraturan yang
 ditetapkan.
Laman Web:http://www.tm.com.my
No. Telefon: 03 – 22407043

11.0 KEMENTERIAN DALAM NEGERI / JABATAN PENDAFTARAN
NEGARA
11.1 KEMUDAHAN PENGECUALIAN BAYARAN MEMBUAT MYKAD,
CARIAN SIJIL KELAHIRAN ATAU SIJIL KEMATIAN DAN
DOKUMEN PERJALANAN
Jabatan Pendaftaran Negara menyediakan pengecualian kepada
OKU untuk membuat MyKad yang hilang dan pengurangan atau
pengecualian bayaran bagi kes daftar lewat kelahiran dan
membuat MyKad.
Laman Web:http://www.jpn.gov.my
No. Telefon: 0388807000

12 JABATAN IMIGRESEN
12.1 PENGECUALIAN BAYARAN PASPOT
Kerajaan melalui Jabatan Imigresen telah memberi pengecualian
bayaran kepada semua golongan Orang Kurang Upaya bagi
membuat paspot untuk urusan ke Luar Negara.
Laman Web: http://www.imi.gov.my
No. Telefon: 03 - 88801000
Perhatian:
Bagi keterangan lanjut sila layari Laman Web yang telah
dipaparkan.

0 ulasan:

Catat Ulasan