31 Okt, SK Matunggong- Tahniah Kepada Rumah Sukan Pendidikan Khas ( Oren) yang berjaya memberi saingan kepada Rumah Sukan Biru, Merah, Kuning dan Hijau (murid-murid normal ) pada edisi yang telah berlangsung pada 30 & 31 Oktober 2013..Misi mendapatkan sebutir pingat tanpa mengira warna telah tercapai dengan keputusan akhirnya mendapat 1 emas (melalui adik elldy acara lontar peluru lelaki) dan 1 perak(melalui adik rony acara 200m lelaki). Banyak peningkatan berlaku untuk penyertaan pada edisi kali ini yang merupakan tahun kedua murid istimewa ini bersaing melalui platform rumah sukan sendiri yang ditubuhkan atas semangat Raja Terakhir Bangsa Rungus ini iaitu Aki Tumanggung Kurantud @ Datuk Temanggong Kurantud Mogkuta Bin Bosilan.. Penubuhan Rumah Sukan Oren ini bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada murid istimewa ini menunjukkan bakat dalam olahraga untuk semua acara yang dipertanding. Jika sebelum ini, murid-murid ini kurang berpeluang mewakili Rumah sukan murid normal kerana persaingan sengit merebut tempat yang terhad. Kini usaha ini telah menunjukkan hasil hebat menyengat ( slogan Rumah Oren ). Atlit yang berjaya mendapat pingat baru berumur 10 tahun dan pastinya mempunyai masa depan yang cerah jika terus mendapat latihan intensif. Jika tahun lalu, Rumah Oren kurang berjaya mendapat pingat dan hanya seorang saja murid yang mampu ke peringkat akhir serta mendapat tempat ke 4 daripada 5 pasukan untuk acara 4x200m, tetapi pada tahun ini 2 murid berjaya ke peringkat akhir secara merit melepasi saringan iaitu Adik kel.d acara 80m tahun 2 lelaki dan adik Rony acara 200m lelaki. Adik Elldy dan Adik Rony dijangka akan mewakili SK Matunggong ke peringkat zon Matunggong tahun depan. Tahniah kepada semua murid yang telah berusaha sehabis baik pada edisi tahun ini. Semoga tahun depan, Rumah Oren akan lebih menyengat lagi
0 ulasan:
Catat Ulasan