Halaman

Subscribe:

Selasa, 21 Mei 2013

Majlis Sambutan hari Jadi Murid Istimewa SK Matunggong Kudat

Tarikh : 23 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 7.20 pagi - 9.20 pagi
Tempat : Kelas Pendidikan Khas SK Matunggong

KERTAS KERJA MAJLIS SAMBUTAN HARI JADI MURID ISTIMEWA SK MATUNGGONG 2013


1.0      TEMA
”KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA, KEGEMILANGAN BERSAMA ”

2.0      PENGENALAN
Sambutan Hari Jadi Murid-Murid Istimewa SK Matunggong tahun 2013 merupakan aktiviti pembelajaran selaras dengan elemen merentas kurikulum dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Kementerian Pelajaran Malaysia. Konsep pembelajaran secara langsung ini amat penting dalam proses kemenjadian murid berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Melalui Majlis seperti ini, murid-murid istimewa ini dapat melalui pengalaman berguna yang telah menjadi rutin dalam kehidupan harian dalam kalangan masyarakat Malaysia.
3.0   RASIONAL
Untuk menghargai murid-murid istimewa yang belajar di SK Matunggong dan menjana potensi kecemerlangan proses pembelajaran dan pengajaran.
4.0   OBJEKTIF
4.1          Memberi pemahaman kepada murid tentang konsep umur dan angka.
4.2          Murid dapat menghargai kepelbagaian budaya.
4.3          Melatih murid dalam aspek pengurusan diri dan pengurusan tingkahlaku.

5.0   PENGANJUR
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Matunggong Kudat.
6.0   KUMPULAN SASARAN
Semua guru pendidikan khas dan murid pendidikan khas (istimewa) SK Matunggong Kudat.
7.0  YURAN PENYERTAAN
Tiada.
8.0   TEMPAT DAN TARIKH PERLAKSANAAN
Tempat               :  Ruang Pembelajaran dan Ruang Rekreasi PPKI SK Matunggong Kudat
Tarikh                  :  23 Mei 2013
Masa                     : 7.30 pagi hingga 9.20 pagi

9.0   AHLI JAWATAN KUASA
9.1 Ahli Jawatankuasa Induk
Penaung              : En Abd. Kahar Bin Awang Yahya (Guru Besar SK Matunggong Kudat)
Penasihat 1         : En Rosmin Bin Harumin (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
Penasihat 2         : Pn Toyoon @ Annie Binti Manjalim (Guru Penolong Kanan Hal Ehwah Murid)
Penasihat 3         : Pn Kamsiah Chacho (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)
Pengerusi            : En Mohd Hisyammieddy Bin Esa (Penyelaras PPKI SK Matunggong)
Setiausaha          : Pn Leviah Panus (Pembantu Pengurusan Murid PPKI SK Matunggong)
Bendahari           : Pn Angela Belton (Guru PPKI SK Matunggong)

9.1 Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK)
Jamuan &Kek    : Pn Leviah Panus
Hadiah                  : Pn Angela Belton
Juruacara             : Pn Leviah Panus
Bacaan Doa         : Ustaz Mohd Zuhdie Bin Kamarudin
Hakim Fesyen    : En Abd Kahar Bin Awang Yahya, En Rosmin Bin Harumin, Pn Toyoon Manjalim
  & Pn Kamsiah Chacho
Buku Aturcara   : En Mohd Hisyammieddy Bin Esa
Cenderahati       : En Mohd Hisyammieddy Bin Esa
Kebersihan         : Pn Leviah Panus
Keselamatan      : Pn Angela Belton
PA Sistem& ICT : En Mohd Hisyammieddy Bin Esa, En Peta @ Petar Masandul dan Cik Arne Binti
  Abdul Rajak
Persembahan    : En Mohd Hisyammieddy Bin Esa

10.0   TENTATIF PROGRAM
7.20 pagi              : Ketibaan murid dan guru Pendidikan Khas
7.25 pagi              : Ketibaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran
                                : Ketibaan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
                                : Ketibaan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
7.30 pagi              : Ketibaan Guru Besar SK Matunggong Kudat
                                : Lagu Negaraku
: Persembahaan Sambut Tamu
                                : Bacaan Doa Selamat
                                : Ucapan Penyelaras PPKI SK Matunggong Kudat
                                : Ucapan Perasmian oleh Guru Besar SK Matunggong kudat
                                : Gimik Perasmian
                                : Pertandingan Ratu Fesyen dan Raja Fesyen
                                : Upacara Memotong Kek dan Menyanyi Lagu ‘Selamat Hari Jadi’
                                : Penyampaian Hadiah Hari Jadi
                                : Penyampaian Cenderahati Kepada Perasmi
                                : Jamuan Ringan
9.20 pagi              : Bersurai

11.0   KEWANGAN
   11.1  Sumber Kewangan            
                11.1  PCG Sivik                                                                                   = RM800.00
               
   11.2.  Anggaran Bajet
Bil
Perkara
Kuantiti
Jumlah
1
Kek 3Kg
RM100 X 1
RM100.00
2
Jamuan Makan
*Menu : Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Sate, Sosej, Nugget, Tembikai, Pisang, Sayur Kubis, Air Sirap dan air mineral
RM10 X 26 Orang
RM260.00
3
Hadiah Hari Jadi

RM10X16Murid

RM160.00
4
Piala Raja & Ratu Fesyen
RM20 X 2
RM40
Jumlah Besar
560.00

12.0   Kronologi Pelaksanaan Sambutan Hari Jadi Murid Istimewa SK Matunggong 2013

Bil
Perkara
Tarikh
1
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 1/2013
3 Mei 2013
2
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 2/2013
10 Mei 2013
3
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 3/2013
17 Mei 2013
4
Sambutan hari Jadi
23 Mei 2013
5
Mesyuarat Post Mortem
23 Mei 2013

13.0        Indikator kejayaan

Pengelolaan dan pelaksanaan program yang berjaya.
Pelaksanaan program mengikut masa yang diprogramkan.
Pelaksanaan program yang tiada atau kurang kesilapan / masalah.

14.0        Pemantauan pelaksanaan program

Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Jadi Murid-Murid Pendidikan Khas SK Matunggong Kudat 2013

  
15.0  PENUTUP
Pihak Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Hari Jadi Murid-Murid Istimewa SK Matunggong Kudat 2013 sangat berbesar hati agar program ini dapat diluluskan dan mendapat sokongan daripada semua pihak. Jawatankuasa juga berharap agar program ini akan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. 

0 ulasan:

Catat Ulasan