Halaman

Subscribe:

Jumaat, 29 Julai 2011

Kata-kata aluan

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam Laman Blog Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Matunggong, Kudat.
            Selari dengan pendemokrasian pendidikan yang menjamin peluang pendidikan sama rata kepada segenap lapisan rakyat, blog boleh dijadikan wadah mempromosikan segala perancangan awal terhadap arah tuju program ini dan merealisasikan misi serta visi sekolah untuk terus mengekalkan kecemerlangannya menjelang 2015.
            Saya berharap dengan adanya perancangan yang rapi ini dapat meningkatkan tahap pencapaian murid Pendidikan Khas sama ada dalam bidang  kurikulum, kokurikulum dan sebagainya.
            Akhir kata, saya berharap agar usaha murni ini akan berterusan dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sekolah ini dan sentiasa mempertingkatkan kualiti pendidikan untuk mengangkat martabat bangsa Malaysia dan menghasilan modal insane berkualiti bagi memenuhi aspirasi sebagai negara maju pada tahun 2020.