Halaman

Subscribe:

Jumaat, 26 Julai 2013

Data Pada 26 Julai 2013

22 Murid
3 Guru
1 PPM
2 Kelas

Sabtu, 20 Julai 2013

Enrolmen Sehingga 20 Julai 2013

1. Bilangan Murid = 23 Orang
2. Bilangan Guru = 3 Orang
3. Bilangan Kelas = 2 Buah (Permata dan Berlian)
4. Bilangan Pembantu Pengurusan Murid = 1 Orang

Rabu, 17 Julai 2013

Penerangan Tentang Kelas Inklusif

DEFINISI
INKLUSIF  dalam bahasa  yang mudah untuk  difahami ialah menempatkan murid-murid bekeperluan khas di aliran perdana semasa pembelajaran samada di luar atau dalam bilik  darjah .  Kurikulum  yang digunakan ialah kurikulum perdana  dengan tenaga pengajarnya juga  adalah  terdiri  daripada  guru-guru  di aliran perdana. 

Inklusif  terdiri  daripada  dua    jenis  iaitu inklusif  penuh  dan  inklusif separa.  Inklusif penuh membawa erti murid bekeperluan khas berada  sepenuh masa di aliran perdana mengikuti  semua kurikulum di sana. 

Inklisuf separa pula ialah murid ini berada di aliran  perdana pada waktu  mata pelajaran  tertentu berdasarkan kemampuan pencapaian  mereka. 

Inklusif   bukan  sahaja difokuskan  kepada  mata pelajaran  teras   malahan  boleh dilaksanakan  pada  mata pelajaran bukan teras.

 JADUAL KEHADIRAN
Satu perkara yang perlu   diingatkan bahawa apabila murid bekerpeluan khas mengikuti program inklusif penuh, jadual kehadiran murid tetap berada di program pendidikan khas.  Guru pendidikan khas bertanggungjawap menanda kehadiran tersebut meskipun mereka tidak belajar di program pendidikan khas.

Kaedah  yang boleh digunakan  untuk memastikan kehadiran mereka ialah dengan meminta murid tersebut melapor  diri ke program pendidikan khas setiap pagi  atau minta PPM mendapatkan maklumat  tersebut  apabila  guru ingin menandatangani jadual kedatangan.

KEMAHIRAN
Kemahiran  penting  yang perlu dikuasai oleh murid bekepeluan khas sebelum mereka ditempatkan di program inklusif ialah pengurusan tingkahlaku  dan pengurusan diri.

Selain itu,  murid juga perlu dipastikan telah menguasai kemahiran asas  membaca dan menulis.  Guru pendidikan khas juga harus mengenalpasti tahap umur mental mereka. Ianya perlu  setaraf atau hampir sama taraf dengan murid  di kelas  aliran perdana,  dimana murid ini hendak diinklusifkan.
  
PEMANTAUAN /PERBINCANGAN

Pemantauan oleh guru pendidikan khas terhadap perkembangan dan pencapain murid ini haruslah berterusan. Perbincangan  dengan  guru-guru yang terlibat juga  perlu dilaksanakan. Perkara ini dapat membantu program pendidikan inkulisf ini   berjalan dengan lebih berkesan lagi.

Ahad, 7 Julai 2013

Data Terkini Pada 7.7.2013

1. Bil Murid (16 orang)
2. Bilangan Kelas (2 buah)
3. Bilangan Guru (3 orang)
4. Bilangan Pembantu Pengurusan Murid (1 orang)
5. Kategori murid (10 masalah pembelajaran, 6 disleksia)
6. Nama Kelas (Permata, Berlian)
7. Jantina Murid (10 lelaki, 6 perempuan)
8. Nama Guru (Mohd Hisyammieddy Esa, Angela Belton, Tengku Nabila Tengku Mohamad)
9. Nama Pembantu Pengurusan Murid (Leviah Panus)
10. Nama Murid (Elldy Jivin, Jackwercn Johnkin, Edry Moringab Mongujog, Azmi James, Wendy Ladin, Rackie Nixon Ferinlee, Enricque Jimis, Pazzine Addy Pastin, Ronal Leo Johny, Rony Leo Johny, Sujilelah Jiro, Maslini Felmon, Siti Azlina Aziz, Shrilly Joseph, Waheeda Wahid & Juliet Hazel Joe)